Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
Penilaian terhadap produk perlu dijalankan bagi memastikan kualiti, dan keselamatan produk farmaseutikal serta ubat-ubatan traditional terjamin untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia.
Selain itu, penilaian keberkesanan juga dijalankan bagi memastikan produk farmaseutikal yang berada dipasaran tempatan adalah berkesan.
Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama iaitu:
- Nombor Pendaftaran MAL
- Pelekat Hologram MeditagTM
Kedua-dua ciri ini perlu dipamerkan pada setiap pek jualan ubat-ubatan.
Nombor Pendaftaran MAL
Nombor pendaftaran MAL dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 angka, dan diakhiri dengan kod produk.
Contoh Nombor pendaftaran MAL : MAL12345678X
Maksud bagi setiap Kod Produk adalah seperti yang berikut:
A: Ubat terkawal (Ubat preskripsi)
X: Ubat terkawal tanpa preskripsi atau ubat over-the-counter (OTC)
T: Ubat tradisional
N: Suplemen kesihatan contohnya vitamin atau mineral
X: Ubat terkawal tanpa preskripsi atau ubat over-the-counter (OTC)
T: Ubat tradisional
N: Suplemen kesihatan contohnya vitamin atau mineral
Sumber: BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
BAGAIMANA UNTUK MENYEMAK KELULUSAN PRODUK GAMBIR EMAS?
Untuk menyemak kelulusan produk Gambir Emas, anda boleh ke laman web npra.moh.gov.my dan klik “Products Search” dibawah menu “Quest3+” atau klik sini. Pilih “Product Name” dalam ruang Search By. Kemudian search “Gambir Emas”. Result adalah seperti dibawah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan